Monday, April 19, 2010

Lari dari rumah?

Hye galfrenzzz semua.
Maaf kerana sudah lama tidak tulis2 kat sini. Ehe..sori lah eh. agak busy sikit lately.
Or kadang-kadang tak ada mood nak menulis:)

Semoga semua pembaca bahagia dalam hidup masing-masing dan sama-sama cuba meningkatkan dan buat peruabahan dalam diri masing-masing ke arah yang lebih baik eh:) Amin..

Kali ni tiba-tiba nak berkongsi tentang pendapat korang tentang isu semasa pasal gals.
Sedih kadang-kadang.
Ye lah, bila tengok keadaan-keadaan budak skolah lari dari rumah sebab ikut pakwe lah, lari rumah tak balik-balik sampai sekarang, macam-macam.
Kesian tengok ibu bapa dyeorg merayu dyeorg balik,sampai kuar TV.

1) Nak salahkan parents, boleh jugak kadang-kadang, sebab kalau dyeorg pantau and amek kisah tentang apa yang anak dyeorg buat, dgn sape dia berkawan, mesti lah tak jadi gitu kan.

2) Salahkan parents lagik, sebab kalau dia ajar anak betul2 dari awal, mesti anak dia kesian kat dyeorg and takkan bertindak nak lari dari rumah ikut orang yang dia tak kenal. Sebab mesti la kena mintak izin pun kalau nak pergi mana-mana. If only they care about their child lah kan.
Soal bimbingan agama, that's the priority la kan (kang komen lebih2 pasal dyeorg tak bagi bimbingan akhlak, marah pulok:p ) Maaf ibu bapa yg berkenaan. Ini perlu dinyatakan. :)

3) Salahkan budak perempuan itu juga. Dah tau awak tu kecik lagi, eh i mean, masih mentah, kenapa la percaya kat mamat yg baru sehari dua awak kenal. Kalau percaya mamat tu sebab dia nampak educated, smart, dan baik takpe lagi, ni percayakan mamat selekeh dan rempit-rempit, yang tak tau kerja ke tak, ganas-ganas..awak membahayakan diri lah sayang oi. Dah jadi apa-apa, awak menyusahkan ibu bapa pulok nak cari awak kat tv, surat khabar etc. Dah popular pulak parents awak. Kan lebih baik awak banggakan ibu bapa awak dengan masuk berita /tv sbb awak berjaya dan majukan sekolah ke, negara ke. Bangga semua orang nanti:)


4) Kepada si lelaki yang melarikan anak dara orang :KENAPA? kalau pun suka, jumpa lah bincang dengan keluarga dia baik- baik. Oh ya, mamat-mamat yang mcm takde arah tuju itu, cari lah yang sepadan dengan hidup awak, jangan kacau budak sekolah yang ada harapan cerah. Jika mahu juga, bimbing diri sendiri dahulu sebelum bersetuju membimbing budak sekolah itu.

5) Kepada adik-adik perempuan sekalian yang masih sekolah, believe me, awak rugi menghabiskan emosi kepada cinta monyet itu semua. Kerana education lagi penting. Nak jugak teman hidup?? Cari yang berpotensi di tempat pengajian awak. Banyak lagi choice. Bila dah jumpa, suruh la buat ikatan yang sah:) kan senang hidup ini. tak payah tukar- tukar:) Cinta bukan baju:)

p/s: semoga saya, dan kawan-kawan semua terselamat dari helah nafsu dan emosi. :)

1 comments:

Anonymous said...

hehehe..
jgn lari dr umah
kalau btol syg..mke surekan dpt restu
g jmpa mak bpk..
kalau sek ren..sek men pon nak kapel
gatalnak kwen
takde mslh..
jmpa mak bpk..bia diorg tau ngan spe kte bkwn..
=)

 
galfrenzzz © 2008 galfrenzzz Áurea R.C.